Category Archives: Uncategorized

LANGSIR ROYAL SCALLOP

Langsir yang tampak mewah dan bergaya ni sesuai untuk dipasang pada hari raya… pelan-pelan ingin berlajar diharapkan saya berjaya mempelajari cara jahitannya yang betul dan kemas.. jom cuba sama-sama !!! ^_^

BAHAGIAN SCALLOP


Pelan ini bagus jika dibuat diatas kertas keras (manila kad yang besar), di tandakan, jarak atas dan bawah sekali ialah 2 cm, dan ditengah2 diselangkan 5 cm dan 2 1/2 cm. Di tanda-tanda jarak itu, sebaiknya digunting seperti di gambar A1 berwarna merah, supaya tanda tersebut tidak lari/ hilang.


gambar A1

Gambar A2

Cara Memotong

– Pelan ini diletakkan di atas kain yang dilipat menyerong. (Apabila kain dilipat menyerong, Ombaknya lebih cantik!),
– Bahagian yang ditanda ialah bahagian tepi kain, lebihkan sebanyak 1 cm dibahagian tepi atas dan bawah (bahagian lipatan di kain serong tidak perlu lebih).
Tandakan dengan kapor dan Guntingkan kain, kemudian gunting sedikit  kain di tanda-tanda merah tu…, camne nak cakap ye…?Tunjuk gambarkan senang!

Contoh Ukuran : (” = inci)Lebar Tingkap = 75 inci
Tinggi Tingkap = 48 inci
Bidang kain = 48 inci

Lebar Scallop = 25″ untuk tingkap

Untuk Mencari Jumlah Scallop

LEBAR TINGKAP BAHAGI(/) LEBAR SCALLOP = JUMLAH SCALLOP

contoh : 75″ / 25″ = 3 scallop

Untuk Mencari Jumlah meter kain1 scallop memerlukan 1.25 meter kain
Jika 3 scallop = 1.25m x 3 = 3.74 meter

BAHAGIAN TAIL

Tail ialah Bahagian Kiri dan Kanan Langsir

Cara PotongKain dilipat dua, (36″ – ditepi kain)
Untuk Mencari Jumlah Meter Kaintail = 36″
Kiri dan kanan = 2 x 36″ = 72″ bahagi 39  = 1.85 meter (betul ke ni…, dalam buku tulis cam ni…)
KESELURUHAN JUMLAH KAIN= Jumlah Scallop + Jumlah Tail
= 3.75m + 1.85 m
= 5.6 Meter (atau 5.5 meter)
Fringles (rambu)Kira setiap hujung @ lebihkan 2 meter dari jumlah kain.
5.5m + 2 m = 7.5m
CARA Nak Jahit Scallop– Buka kain yang telah dipotong
– Jahit tepi bahagian bawah dan atas sahaja
– Kemudian, jahitkan FRINGLES (RAMBU) dibahagian bawah!

– Pastikan anda dah potong tepi2 mengikut tanda (atau tanda kapur)

– Lipat dua bahagian atas dan jahitkan dalam 2 cm disini

– Cantumkan pada belah belakang kain….
– Gunakan jarum peniti yang ada manik bulat …, senang nanti
– Cantumkan yang lima cm kepada 2 cm.., sematkan dengan peniti
– buat semua, kiri dan kanan….

mesti dapat cam ni…
lurus sahaja di bahagian atas

kemudian, jahit jelujur halus2 (atau tindih je dengan mesin) kat atas tu…, lepas/sambil tu, bolehlah cabut jarum penitiBuat scallop yang lain pulak.
CARA Nak Jahit Tail
Lipat
atau tindihkan…, sehingga dapat dalam 12 inci.

CARA MENYAMBUNG SCALLOP DENGAN TAIL

1) Ukur lebar setiap scallop dan tail
12″ + 25″ + 25″ + 25″ + 12″ = 99″\2) Ukuran Lebar tingkap dicampur 3″
75″ + 3″ (lebihan jahitan) = 78″

3) Untuk mengetahui jumlah pertindihan
=  99″ – 78″
=  21″ bahagi 4 (bahagian tindihan – (kalau 2 scallop, 3 tindihan))
= 5.25 “

BEN

dihujung scallop yang  dah di sambungkan, jahit ben (terbalik)

dah jahit ben, jahitkan pula penyangkut langsir. jahitkan sebelum lubang. lepas tu, naikkan, selitkan lebihan ben dan jelujur/ kemudian tekan dengan mesin.

DAH JADI DAH

Cara-cara membuat Langsir Eyelet Style

 Jahit sendiri langsir dirumah pastinya lebih menjimatkan $$$ anda…ditambah lagi dengan kecantikan dan kepuasan hati dapat menjahit sendiri sesuatu yang kita minat.
jadi selamat mencuba!!! ^_^
follow step by step …sy start dr No 1-2-3-4 siap..mula-mula kena bentangkan kain pertama(sekeping dahulu)..kain kedua nanti just follow je step yang sama sebab tingkap 2@3 panel perlukan 2 keping kain…sila terbalikan kain ni ye…biar atas ni belakang kain..kita boleh conteng2..heee
no 1& 2 = saya panggil kain tepi..kedua2 bahagian ni tak perlu potong..perlu jahit untuk kemaskan sahaja.
 
no 3=kepala langsir @ part atas langsir untuk kita letakan tape dsb..
 
no4= bawah langsir @ kaki langsir…kaki langsir untuk adjust or potong panjang pendek langsir yang kita nak…
saya guna 2 keping langsir untuk tingkap 2 panel..bidang sememangnye jual 60′ la kan…tp bila ukur xsmpai 60′ pun dan tingkap saya guna 2 meter sekeping kain..kalau 1 tingkap kita guna 2 keping kain,perlu beli 4 meter la ye..memula bentangkan mcm ni…potong laa nak panjang bape..sila ukur panjang y dikehndaki sebelum memotong,takut pulak xcukup or terlebih labuh ke lantai…kalau labuh sangat potong y line arrow warne KUNING tu bukan line MERAH (line merah tak boleh dipotong-nanti mengecilkan lebar kain)
 yang benang terkeluar atas sebelah kiri tu kaki langsir @ no 4 dan no 3 yang perlu kita potong bagi sama supaya langsir kita nampak kemas dan tak senget benget laa.. yang line bawah tu la  no 1 & 2…
kaki langsir atau boleh juga dijadikan kepala langsir…mana-mana pun boleh sebab sama je..yang penting kena potong lurus tak nak la senget2 macam ular kena bedal kan..nnt langsir jd berat sebelah..hehe
okeh settle bab gunting mengunting & dah tau berapa ukuran yang nak guna….boleh mula menjahit tepi kain yang bernombor 1 & 2….jahit kiri dan kanan ye…tak kisah la nak mula kiri dulu pun boleh..kemudian kanan..nak start kanan dlu pun boleh.ikut kreativiti memasing la kan..boleh tgk gambar dibawah…..
yang hujung tu tak cantek jadi lipat masuk kedalam macam gmbar di bawah ni….kalau nak tau,ada beza kain depan n belakang ye..sy guna sebelah belakang kain untuk melipat..tak nak kacau yang depan kain sebab nanti comot tak lawa laa..kita nak pasang langsir nanti kain sebelah depan kann..yang kain belakang orang tak nmpak pun..
lepas lipat pin kan untuk lebih kemas & dapatkan hasil yang terbaik…klo da pndai nak agak ukuran tak perlulah nak pin,jahit terus je laa..jahit lurus je smpai habis..sama jugak yang sebelah kiri tu jahit macamni jugak..
terbalikkan cikit utk tunjukan jahitan depan kain…saya jahit dari dalam kain…sbb tak reti nak agak lagi takut tersasar…
jahit lurus smpai habis..dah habis sebelah kanan…jahit pula step yang sama sebelah kiri..
 rupa jahitan kain disebelah belakang…
 jahitan disebelah depan kain….dah siap jahit kiri dan kanan tu dah boleh bentangkan kain untuk jahit tape pula..sy guna tape kosong je tak ada lubang yang ditebuk siap…kat cni tak dijual..
kiri n kanan dah siap jahit…nak psg tape pula kt kepala langsir..kain kena potong sama ye..
No 3.-No refer gambar yang dilabel di atas skali..
 test dulu tape kt kain….letak je…
 bawah tape tu lebihkan macam ni..sebab nak lipat ke depan..maksudnye tape ni akan terlindung dengan kain…mmg tak akan nampak tape dah…
 lipatkan tape dgn kain langsir..
sy angkat berdiri…n terbalikkan dkt kain pink tu….
 hujung tu kemaskan dgn melipat kedalam..
 akan menjadi seperti gmbar di atas
 dihujung mcm ni…saya tarik sikit untuk korang tgk…
pinkan je semua supaya tak lari tape td..
dah siap pin suma dah boleh angkat untuk dijahitkan…..sebelum tu sy nak tunjuk kaki langsir jap…tunjuk je bukan suruh jahit lagi…..
gambar diatas ni kaki langsir yang tak disentuh apa2 lagi..tak perlu pin or jahit lagi…dah settle sume baru boleh buat…
jahitkan kepala langsir yang siap dilipat dengan tape td….bermula dengan pin yang berwarna PINK tu…..bawah dulu..jahit ja smpai hujung…pastu baru jahit yang line atas dia..
still jahit kt line bawah lagi….
dan lagiii….
siap jahit line bawah…saya jahit di hujung pulak…sebab tak nak dia lari2…boleh senget kain kalau tak letak elok2..
da siap yang tepi tadi,terus sambung ke line atas pulak…
ini rupanye bila da siap dijahit…heee
dah siap untuk jahitan tape…….boleh masuk untuk pasang RING eyelet pula….
bentangkan lagi….
lipat dua kain tadi macam gambar di atas nii….
lipat lagi sekali bagi center betul2…
lipat lagi…
test letak ring jap…boleh la besar macam ni…jimat ring sebab kalau lipat macam ni kita guna 8pcs ring je….lagipun ring tak perlu letak banyak2 tkut berat..untuk kain ni saya pilih 8pcs ring sahaja….
kalau nak lagi banyak kedutan leh lipat sampai kecik mcm gambar di atas..ukur ring leh muat ke x….ni untuk test je dulu…kalau kecik mcmni guna 16pcs ring klo xsalah laaa…tp saya tak nak mcm ni…
saya nak gunakan 8pcs ring sahaja..say buka balik satu lipatan yang tadi…
test letak ring dulu…letak bg center ye..
saya tengok kedutan bila nak psang langsir tu nanti….ada 4 @ 5 kedutan je kot klo ikut mcm nii…
saya buat bulantan gunakan marker pen…
gunting sikit….
dah boleh gunting ikut bulatan tadi..lebihkan sikit pun xpe…buang kesan marker pen tu…
jadi cm gini..siap digunting….buat lagi bulatan dibawah dia sampai habis kain….
bulatan kena sama dari atas sampai bawah kain ye…follow je y atas tu…
da siap gunting bulatan boleh da pasang ring…kalau nak siapkan semua bulatan baru pasang ring pun bole…tapi saya buat 1 bulatan saya pasang ring terus..pastu buat lagi bulatan..ulang2 je benda y sama…
amek ring…buka dua mcmni..tutorial buka ring ada saya masukan dah…ce try cari balik entry tu..ada part atas bawah ye…y bawah dia ada nampak lekuk die lebih untuk kita selitkan kain supaya xhalang ring atas untuk ditekan nanti..klo atas dia just nak tutupkan je…
letak mcm ni y bawah dulu…then baru masukan y atas..tekan je sampai bunyi…siappp…
bertingkat2 kan kesan lipatan tadi..leh tarik keluar cikit untuk mudahkan kita gunting bulatan tadi n masukan ring..
bila da siap pasang ring ce try buka satu lipatan kain tadi..jadi cm gambar di atas…bulatan die sama je..tapi pic saya bulatan xhbs ditebuk lagi…heee
lipat balik untuk tgk sama ke x….
sama je dr atas sampai bawah….
nak tau sama ke x bulatan tadi leh buka 1 per satu lipatan….lubang tu akan sama dengan kain dibawah…
da boleh test kat rod aluminium or kayu…..tpi ni saya guna batang paip mask sy punyee..kikikikii…
rod ni boleh dptkan di kedai hardware or tesco….lipatan bawah saya belum jahit lagi sebab nak tau labuh ke senteng kita punya kain….
masukan mcm gambar diatas….
okeh da siap sekeping kain…boleh teruskan buat untuk lagi sekeping kain…..saya xdpt tunjuk lagi sekeping kain sbb saya kekurangan ring….heheheheheh jadi sy xdpt tunjuk jahitan bawah langsir..sy perlu beli ring baru boleh buat y kedua tu…sbb bawah langsir mesti sama ukuran dengan kedua2 langsir nii…
bila siang bole buka mcm ni…hehehehehe ini baru sebelah ye…sebelah lagi xbuat lagii…
kalau malam bole tutup mcm gambar diatas..hehehehehehe
okehh…no contoh y da siap…..ini langsir master bedroom rumah baru nanti…tingkap 2 panel sy guna 2 keping kain…leh kemaskan kain tu ke kiri dengan kanan…
siang hari bole buat mcm ni ye…..tarik ke tepi je….tgh2 tu nampak laaa kosong…korang leh pasang railing untuk letakkan kain nipis or jarang bole la tutup ruang ditengah tu y kosong..style eyelet mmg kosong di tengah bila buka…kalau xnak pasang kain nipis pun xpe..xsalah yee…
langsir ni saya pilih banyak kedutan….so sy pakai ring banyak…rugi22…kekekeke
langsir eyelet bila malam leh tarik je mcm gambar di atas okeeeyy..
panjang curtain sy nii…..
y kaki langsir saya jahit mcm nii……xde letak tape ke ape..just jahit bg besar je…..

okehh doneeeee!!

JAHITAN MANIK BRACELET

Entry kali ni kita belajar cara-cara jahit manik bracelet pula, Agak simple untuk sesiapa yang baru nak mula belajar menjahit kerana jahitan manik bracelet ini diajar step by step. Selamat belajar semua…. (^_^)

teruja tak nak buat???..hehehe…
untuk jahitan ni kita akan gunakan 2 jarum sebab ia agak rumit bagi sesiapa yang tak pernah buat…kalau dah biasa buat mungkin akan mudah untuk faham cara-cara yang diajar.
sediakan 2 warna pearl
warna biru: saiz 8mm
warna kuning: 4mm
(saiz dan warna terpulang pada citerasa korang)
mulakan dengan menjahit seperti ini…keluarkan jarum kiri dan jarum kanan pada kain
 
 masukkan sebiji pearl kuning…
dan silangkan jarum kiri dan kanan ke dalam pearl tersebut
 
kemudian..tarikkan jarum yang disilangkan tadi sehingga jadi begini
 
masukkan 2 biji pearl kuning di sebelah kiri
dan sebiji pearl biru di sebelah kanan
 
silangkan jarum kanan ke dalam pearl kuning yg kedua di sebelah kiri
kemudian..tarikkan kedua2 (kiri dan kanan) benang tadi…
sehingga jadi camni
selepas itu, cucuk kan jarum ke bawah melalui kiri dan kanan pearl kuning
(A)
kemudian…keluarkan ke atas semula jarum tadi melalui kanan dan kiri pearl kuning ni jugak
(B)
masukkan sebiji pearl biru di sebelah kiri
dan 3 biji pearl kuning di sebelah kanan
(C)
silangkan jarum kanan ke dalam pearl kuning yg ketiga
(D)
tarikkan benang kiri dan kanan sehingga jadi camni
(E)
seperti biasa turunkan jarum ke bawah di sebelah kiri dan kanan pearl kuning
dan keluarkan semula ke atas melalui kiri dan kanan pearl kanan itu jugak
(F)
kali ni, masukkan 3 biji pearl kuning di sebelah kiri
dan sebiji pearl biru di sebelah kanan pula..
(G)
silangkkan jarum kanan ke dalam pearl kuning terakhir
(H)
tarikh benang kiri tak kanan sehingga jadi bentuk begini
(I)
masukkan jarum ke bawah melalui kiri dan kanan pearl kuning
seterusnya…
ikut step (A),(B),(D),(E),(F),(G),(H), dan (I) sehingga selesai..
ikut setiap langkah yang diberikan dengan teliti…pasti hasilnya sangat menarik (^_^) semoga berjaya!!!

JAHITAN SENI MANIK

Cantiknya jahitan manik ni, sesuai untuk dijahit terutamanya untuk musim raya. Jikalau berkelapangan, pasti boleh menjana pendapatan sendiri hanya dari rumah!! (^_^)

cara jahit manik, jahit manik crumble, manik crumble, tempat nak beli manik crumble, jahit manik, tutorial jahit manik, blog jahit manik, belajar jahit manik,

my next mission: hobi+minat= cantik!!!

credit to: Butterfly Beads Blogspot

cara jahit manik, jahit manik crumble, manik crumble, tempat nak beli manik crumble, jahit manik, tutorial jahit manik, blog jahit manik, belajar jahit manik,

cara jahit manik, jahit manik crumble, manik crumble, tempat nak beli manik crumble, jahit manik, tutorial jahit manik, blog jahit manik, belajar jahit manik,

Gambar-gambar yang diambil ini semuanya 100% milik  Blog ButterlyBeads. gambar-gambar ini ialah jahitan pada pakaian yang telah siap untuk para pelanggannya jadi tidak menghairankanlah jika jahitannya  mendapat permintaan yang tinggi dikalangan para pelanggannya. Saya sendiri mengakui hasil jahitannya sangat hebat, menarik dan nampak mewah coraknya bagai baju mak-mak datin!!

preview.2.5ef201e27066cfec5e43004c94a1c46b

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Artikel motivasi ini memaparkan 9 kualiti, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pelajar cemerlang yang diadun mengikut Abjad A. B. C. D. E. F. G. H. I.

PELAJAR CEMERLANG

Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.
Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:


Amanah

Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T..

Bijak

Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

Cergas 

Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.


Dedikasi 

Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.
 
Elok 

Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tutur kata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.
Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya.
 
Faham 

Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklum balas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih 

Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.


Hasrat

Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itu memberikan suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya.
 
Iman 

Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

Sekian. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Insya-Allah.

*****

Artikel ini adalah disedut dari buku Motivasi, Teknik Belajar & Strategi Menghadapi Peperiksaan oleh Taidin Suhaimin.

7 MAKANAN SUNNAH

kmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.”Hadis Riwayat Muslim

Oleh itu, kali ini saya ingin berkongsi sunnah Rasulullah s.a.w sebgai panduan dalam pemlihan makanan yang diambil yang mana secara tidak langsung dapat membantu agar tubuh badan kita menjadi lebih sihat.

Dengan izin Allah swt juga, makanan-makanan ini bukan sahaja membantu mencerdaskan otak malah memberi kesihatan tubuh, melambatkan, mencegah serta membantu kesembuhan pada penyakit-penyakit yang melibatkan struktur dan fungsi otak seperti Dementia, Schizophrenia, Alzheimer, Parkinson, Strok dan lain-lain penyakit lagi.

Makanan Sunnah #1 – Madu

Madu merupakan satu-satunya makanan dihasilkan oleh lebah yang memiliki kesemua komponen keperluan hidup manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Bahan antioksida diperlukan bagi melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.

Madu

Menjaga keberadaan sel adalah sangat penting kerana ada berbilion sel yang menjadi komponen utama otak. Otak memerlukan sel-sel dan saraf yang sentiasa berhubung bagi melakukan penyampaian matlumat agar mudah dan cepat diproses dan disimpan di dalam memori.

Terdapat banyak lagi kelebihan pada madu yang menjadi penawar pada pelbagai penyakit dan ini selari dengan janji dalam firman Allah swt:

Surah Al-Nahl Ayat 69

Makanan Sunnah #2 – Kismis

Buah anggur segar mengandungi kandungan vitamin C dan flavonoid yang tinggi. Vitamin C banyak membantu menjaga kesihatan badan manakala flavonoid adalah antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Anggur kering iaitu kismis pula kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Selain itu, mineral surih bernama boron membantu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori.

Kismis

Kismis juga merupakan salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati selain dari terkenal dengan kelebihannya kepada otak. Sabda Rasulullah saw tentang kismis adalah:

“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”

Manakala ramai ulama’ yang menggalakkan pelajar mereka memakan kismis untuk menambah daya ingatan otak seperti Ibni Qayyim sebagai berkata:

“Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan kismis.”Petikan kitab Tibb an-Nawawi

Kismis sebagai makanan otak telah lama dibuktikan dalam amalan pemakanan para ulama’ Islam yang rata-rata berjaya meraih taraf ilmuwan di usia muda dan dalam pelbagai bidang. Pencapaian luar biasa para ulama’ terdahulu membuktikan tahap luar biasa kapasiti otak yang mereka bentuk sejak kecil lagi.

Makanan Sunnah #3 – Kurma

Buah yang manis ini adalah suatu keajaiban untuk manusia. Memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan telah menjadikan buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet yang paling baik di dunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit.

Kurma

Antaranya kurma dapat membantu pesakit anemia, menguatkan tulang, meningkatkan tenaga batin, mengawal berat badan, mencegah kanser dan mengelak serangan angin ahmar. Potassium di dalam kurma pula menjadi agen utama dalam menjaga kesihatan sistem saraf. Ini telah meningkatkan kepantasan dan ketajaman aktiviti otak.

Amalan memakan kurma bukan sahaja boleh dilakukan oleh individu malah digalakkan kepada wanita mengandung untuk memakannya bagi membentuk otak yang sihat buat bayi di dalam kandungan. Buah kurma juga telah diiktiraf oleh Rasulullah saw sebagai makanan yang baik untuk otak seperti sabda Baginda:

“Berilah makan kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Ini dikuatkan lagi dengan kisah Maryam di dalam Quran di mana Allah swt telah menjadikan kurma sebagai santapan Maryam setelah kelahiran Nabi Isa as. Ini membuktikan keajaiban kurma sebagai penyembuh dan zat lengkap bagi manusia.

Makanan Sunnah #4 – Buah Tin

Surah At-Tiin Ayat 1-4

Betapa hebatnya buah tin sehingga salah satu surah di dalam Qur’an dinamakan dengannya. Apa yang menyebabkan buah ini mendapat kedudukan yang istimewa di dalam Islam? Seperti kurma, kualiti buah tin bertambah seiring dengan kadar pengeringan buahnya. Buah kecil ini ternyata memiliki kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi.

Secara saintifiknya apabila komponen dan keperluan badan adalah lengkap, maka badan akan berada dalam keadaan kesihatan yang optimum kerana mampu berfungsi dengan baik. Istilah ‘you are what you eat‘ juga ada benarnya. Buah tin banyak membantu menyihatkan sistem pencernaan. Apabila sistem penghadaman sihat maka segala nutrisi dan khasiat makanan dapat diserap dengan sepenuhnya oleh darah.

Buah Tin

Aktiviti penyingkiran toksin dan sisa buangan juga dapat dilakukan dengan lebih efisien. Darah yang terhasil adalah lebih berkualiti dan darah ini akan mudah diangkut ke seluruh badan termasuk otak. Bukan sahaja otak mendapat segala kebaikan malah antioksida, vitamin dan mineral dari buah ini juga dapat mengelak keradangan otak dan meningkatkan fungsi otak. Buah tin yang juga dapat mengawal tekanan darah mampu membantu dalam menangani tekanan dan mengelak serangan strok.

Keistimewaan demi keistimewaan yang banyak dari buah kecil ini tidaklah mustahil apabila buah ini diangkat sebagai buah dari syurga seperti sabda Baginda saw:

“Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata, ‘inilah buahnya (tin)’, sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya.”Hadis Riwayat Abu Darda; Suyuti

Makanan Sunnah #5 – Minyak Zaitun

Saya cukup terpikat dengan pujian Allah swt kepada minyak zaitun yang bercahaya dan menjadi sumber cahaya di dalam surah an-Nur ayat 35 seperti berikut:

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah An-Nuur: 35)

Ayat ini bukan sahaja memberi gambaran betapa indahnya cahaya itu malah menjadikan saya berfikir apakah yang menjadikan minyak zaitun bukan sahaja bercahaya seperti di dalam ayat di atas malah para ulama’ mengatakan bahawa minyak zaitun boleh menerangi hati seorang penuntut ilmu menjadikan hafalannya mudah dan hidayah Allah swt sentiasa menaunginya.

Suatu ilmu akan mudah difahami dan dihafal dengan keupayaan otak yang cemerlang. Di dalam Islam, ilmu juga diumpamakan sebagai cahaya. Bagai ada suatu hubungan antara sifat ilmu dan minyak zaitun serta hubung kait dengan otak. Apakah rahsianya?

Minyak Zaitun

Minyak zaitun kaya dengan polyphenols- antioksida semulajadi, lemak sihat, sumber bagi Omega 3 dan Omega 6 yang juga terdapat di dalam ikan, avokado dan kekacangan. Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol, mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan darah, mengurangkan tanda-tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi, melindungi dari kesan radikal bebas dan mengelak keradangan.

Para saintis juga telah menemui bukti bahawa minyak zaitun memberi kesan yang baik terhadap tulang dan kesihatan penghadaman serta agen anti-kanser. Tubuh badan yang sihat membantu otak menjadi cerdas secara tidak langsung. Secara khusus kepada otak pula, minyak zaitun membantu meningkatkan keupayaan kognitif dan juga memori. Mungkin kunci utamanya adalah lemak berguna di dalam minyak zaitun yang penting bagi pemantapan kondisi otak kerana 60% komponen otak adalah lemak.

Makanan Sunnah #6 – Habatus Sauda’

Dari dulu lagi saya mengamalkan minyak habatus sauda’ sebagai makanan tambahan untuk diri saya. Jujurnya bukanlah fokus untuk otak kerana ketika itu saya hanya tahu bahawa biji hitam ini sangat baik bagi meningkatkan imunisasi badan dan melawan penyakit (saya jenis yang mudah jatuh sakit).

Kemudian saya mula termenung setelah membaca sabda Nabi saw di dalam Kitab Sahih al Bukhari Muslim, Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:

“Tetaplah kamu dengan Al-Habah Al-Sauda’ kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati.”

Apa yang mengganggu fikiran saya adalah betapa kuatnya penekanan terhadap biji kecil ini sebagai penawar kepada SEGALA PENYAKIT. Terlalu banyak jenis penyakit di atas dunia ini. Mana mungkin biji yang BEGITU KECIL memiliki begitu BANYAK KHASIAT.

Habbatus Sauda

Tak logik. Rasa ingin tahu telah menyebabkan saya mula menerokai matlumat mengenai habatus sauda’ dan apa yang saya jumpa sangat hebat. Ya, terlalu banyak khasiat di dalamnya sehingga tidak mampu untuk dinukilkan kesemuanya di dalam artikel ini. Malah kajian masih lagi dijalankan ke atas biji kecil molek ini. Maha Suci Allah dan Maha Sempurna Allah. Siapa saya untuk meragui keAgungan Pencipta alam ini yang Maha Kuasa atas segalanya. Tiada batas untuk Dia melakukan apa sahaja.

Dalam banyak-banyak penyakit yang boleh disembuhkan dan dielakkan dengan mengamal habatus sauda’ (insya-Allah), saya pilih satu yang paling menarik perhatian saya. Minyak habatus sauda’ telah terbukti mampu merawat penyakit epilepsi. Secara umum apabila suatu pekerjaan dilakukan, bahagian otak yang tertentu akan menghantar isyarat bagi melaksanakan pekerjaan itu.

Namun apa yang berlaku kepada pesakit epilepsi adalah semua bahagian otak tiba-tiba menghantar isyarat secara serentak sehingga mewujudkan kecelaruan kepada pesakit yang menyebabkan sawan. Kajian pada tahun 2007 ke atas kanak-kanak yang menghidap penyakit ini mendapati bahawa minyak habatus sauda’ dapat mengurangkan serangan sawan ke atas kanak-kanak ini. Ini hanya satu daripada banyak lagi kelebihan habatus sauda’ yang membantu pemulihan keadaan otak seterusnya mengoptimumkan kapasiti otak.

Makanan Sunnah #7 – Susu Kambing

Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan fakulti mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak.

Susu kambing juga adalah yang terbaik untuk menghasilkan semula sel-sel di dalam badan bagi memulihkan kesihatan seseorang. Kebaikan susu begitu diangkat sehingga di dalam riwayat Imam al Bukhari diceritakan bahawa ketika peristiwa Isra’ Mikraj, Jibril yang menghidang susu dan arak kepada Rasulullah saw telah memuji pilihan Baginda iaitu susu. Jibril berkata,

“Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya engkau memilih khamr, nescaya binasalah umatmu.”

Susu Kambing

Walaupun tidak dinyatakan susu apa yang dihidang kepada Baginda ketika itu namun cukup jelas bahawa Allah telah memberi nikmat yang besar kepada manusia melalui susu dan meminum susu juga menjadi sunnah KekasihNya sendiri. Begitu dekatnya susu dengan manusia sehingga susu adalah sebahagian dari fitrah manusia. Susu kambing paling menjadi kegemaran Rasulullah saw terutamanya yang diminum terus selepas diperah.

Keistimewaan susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Malah kehebatan susu kambing ternyata sama tandingnya dengan susu ibu sendiri. Bayi yang minum susu ibu dan susu kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, lebih cerdas dan pintar berbanding dengan anak-anak yang diberi susu lembu atau susu ibu sahaja.

Selain itu susu kambing juga ternyata boleh diminum oleh semua peringkat umur kerana tidak menyebabkan alahan dan keradangan seperti susu lembu. Partikel lemaknya yang lebih kecil menjadikan susu kambing ternyata lebih mudah dihadam berbanding susu lembu.

Suka saya ingin pembaca supaya jelas bahawa proses penutrisian otak adalah berkait rapat dengan sistem penghadaman yang baik. Susu kambing telah terbukti mampu merawat Crohn’s disease iaitu suatu penyakit yang kronik melibatkan sistem penghadaman. Keadaan gastrik yang teruk juga boleh dipulihkan dengan susu kambing.

Melalui sistem penghadaman yang sihat, segala nutrisi yang kaya di dalam susu dapat dimanfaatkan bukan sahaja pada otak malah keseluruh tubuh manusia. Di sini jelas sunnah meminum susu kambing sangat penting dalam kesihatan dan kekuatan seorang muslim. Betapa besarnya hikmah dan nikmat Islam kepada kita

7 Tips Terbukti Berkesan Menjaga Wajah Dan Kecantikan Kulit Untuk Wanita

kecantikan kulit
kecantikan kulit harus dijaga kerana ia adalah anugerah dari Allah * Floral beauty
by thedaydreaminggirl

Islam sangat menitikberatkan tentang kebersihan dan kekemasan diri .

Ia merangkumi kecantikan diri dan penampilan kita sebagai umat Islam.

Sudah menjadi fitrah manusia, kebanyakan wanita sangat  mementingkan kecantikan, dan kalau boleh sehingga usia walau sudah mencecah 40 tahun ke atas, wajah masih mahu nampak muda dan bertenaga.

Tambahan pula sebagai seorang isteri, wanita di dianjurkan agar berhias di depan suaminya.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. 

Ada yang beranggapan tidak perlu menjaga kecantikan dan kesihatan diri, itu adalah tanggapan yang salah sebenarnya..

Memang tidak dinafikan ada sesetengah wanita yang tidak mengambil berat bab kecantikan kulit, kerana baginya asal wajah bersih dari jerawat tiada jeragat yang teruk, itu sudah mencukupi.

Sampaikan wajah nampak kusam dan tidak bermaya sekalipun tidak diendahkan.

Selagi belum ada teguran dari suami atau teman terdekat, bagi mereka penampilan mereka sudah mencukupi.

Tanya pada diri anda:

  • sejauh mana anda menekankan bab menjaga kecantikan dan mahu kelihatan sihat dan muda?
  • Adakah kita sudah cukup berhias dihadapan suami kita?

Oleh itu artikel ini akan menyenaraikan beberapa  amalan yang telah terbukti memberi kesan dan telah diamalkan turun temurun sejak sekian lama oleh generasi terdahulu dan ditambah dengan kaedah baru.

Semoga bermanfaat kepada semua pembaca.

  1. Jangan tinggalkan solat kerana wuduk itu penting

Paling penting jangan tinggal solat.

Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yang terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.

  1. Menjaga kecantikan kulit dengan minum air suam sebaik bangun dari tidur.

Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu.

Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.

Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat.

Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

  1. Mengurut wajah dari bawah dengan selawat

Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali.   Amalkan setiap hari.

Nota tambahan: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pula.

Antara zikir yang boleh diamalkan adalah:

Zikir  di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran  dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

  • Baca ” Ya Badiyah ” (1x)
  • Baca ” Ya Nur ” (1x)
  • Baca ” Ya Hadi ” (1x)
  • Baca ” Ya Allah ” (3x)
  1. Baca surah Al-Waqiah

Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi.

Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.

Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan kulit (diri) kita & untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

  • (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
  • (56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
  • (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
  1. Baca Surah Yusuf Selepas Solat Subuh

Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk. Amalkan dengan jujur dan ikhlas.

Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

  1. Berdoa setiap kali melihat cermin

Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s.

Amalkan setiap pagi. InsyaaAllah kecantikan kulit akan terpelihara.

Doanya begini:

“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”

Doa lain yang boleh diamalkan juga adalah:

kecantikan kulit

  1. Menggunakan produk yang bagus & halal untuk menjaga kecantikan kulit dan wajah

Salah satu usaha untuk menjaga kecantikan selain daripada berdoa dan mengamalkan petua yang dibincangkan diatas adalah dengan menggunakan produk yang terbukti berkesan secara saintifik.

Antara bahan makanan atau supplement yang halal dan terbukti memberi kesan adalah stem cell.

Stemcell yang dijadikan bahan makanan tambahan kepada manusia biasa adalah diekstrak dari buah epal jenis Uttwiler Spätlauber dan buah anggur yang biasanya ditemui di Switzland.

Epal ini tidak sama seperti epal yang terdapat di pasaraya atau kedai-kedai. Jika buah epal ni jatuh ke tanah, ia tidak akan kecut atau busuk untuk jangkamasa 4 hingga 6 bulan. Jika pokok atau buahnya tercedera, ia akan pulih dengan cepatnya.

Mengapa stem cell begitu penting?

Stem sel adalah satu-satunya sel yang memiliki keupayaan untuk memperbaharui dirinya.

Stem Cell berkesan menjadikan seseorang individu itu kembali merasai nikmat keremajaan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan membaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit selain membentuk pigmen kulit.

Stem cell ini juga berupaya memulihkan sistem kardiovaskular, risiko penyakit jantung, strok dan kolestrol tinggi serta mengawal diabetis, meningkatkan sistem imunisasi badan serta melegakan penyakit sendi.

Yang penting adalah produk yang halal 

CRUMBLE???

Apa itu crumble??

Jahitan manik yang menggunakan pearl pelbagai saiz dan juga kristal dipanggil manik crumble dikalangan tukang jahit… jom kita tengok apa itu jahitan crumble dan bagaimana cara menjahitnya…

ok bagi sesiapa yang belum tahu apa itu crumble,ini lah rupanya…
menggunakan sepenuhnya pearl dan kristal
apa yang perlu ada untuk buat crumble ni selain jarum, benang dan gunting adalah:
pearl saiz 8mm
pearl saiz 6mm
pearl saiz 4mm
kristal saiz 4mm dan 6mm
(pemilihan jenis saiz dan warna terpulang mengikut citerasa)
langkah pertama: buat satu garisan di lengan baju..terpulang pada masing-masing sama ada nak buat garisan di tengah atau ditepi…
langkah kedua: lukiskan begini atas garisan yang telah kita buat tadi
lukis ikut susunan jenis pearl
langkah ketiga: mulakan dengan jahit pearl 8mm
langkah keempat: ditambah dengan pearl 6mm di bawahnye
langkah kelima: seterusnya di tambah dengan pearl 6mm jugak tapi warna yang lain
langkah keenam: tambahkan pearl 4mm di bawahnya
langkah ketujuh: tambahkan pearl 4mm warna lain
seterusnya lakukan langkah ketiga sehingga langkah ketujuh sampai penuh
setelah itu, buat tambahan kristal di tepi2 supaya ia nampak lebih tebal
selain kristal boleh jugak tambahkan pearl..juga dijahit di tepi2
seturusnya…buat langkah yang sama…tambahkan pearl dan kristal mengikut kretiviti
begini lah rupanya bila telah siap…
adakah anda mendapat begini jugak?
baguss….mudahkan?…selamat mencuba!…
tips: untuk mendapatkan pearl yang cantik dan lebih tahan beli pearl jenis ‘glass pearl’
tapi ia agak berat dan mahal…pearl jenis lain pun boleh jugak….
tapi pilih yang tahan bila dibasuh yer..

DO ITS YOURSELF (D.I.Y)

Sekali sekala kita masukkan juga entry yang lain dari bidang jahitan untuk perkongsian bersama. Jadi disini saya kongsikan cara-cara nak meniup belon tanpa menggunakan gas helium yang pastinya boleh dibuat menggunakan barangan yang ada dirumah kita sahaja.. selamat mencuba!!! (^_^)

HOW COOL IS THIS!!

Instead of using Helium gas to fill the balloons you could use a mix of vinegar with baking soda.

You need:
1 plastic bottle
Balloons
1 teaspoon of baking soda
3 tablespoon of vinegar

How to make it:
Add the baking soda in a balloon using a small funnel. Add vinegar in the bottle. Place the balloon on the bottle and then lift up the balloon letting the powder reach the vinegar. You will see some bubbles forming and the release of dioxide carbon gas.

Vinegar is acid and when it finds the baking soda (sodium bicarbonate), the CO2 is formed.

***Got this from a friend and just sharing it along. I am going to give it a try,

LIFE IS A JOURNEY

WELCOME TO MY WORDPRESS!! (^_^)

WordPress works as medium for me to share any informations regarding my studies, hobbies, experience or anything interesting with all of you. So, we start with my background before we proceed to others posting.

  • Name: Nur Hidayah binti Abdullah
  • Age:21
  • Races:Malay
  • Religon: Islam

I was born on 7 March 1994 at KG 15, Tokai, Kedah.

This year, I was 21 years old and still in the process completing my undergraduate studies at UUM. Currently, I was in second semester (2nd) and I’m taking Bachelor Of Business Administration (BBA)

EDUCATION

  • 2001-2006 Sekolah Rendah Kebangsaan Hj. Abdul Rahman
  • 2007-2011- Sek. Men. Keb. Tokai
  • 2012-2014-Al-Bukhary International University (Aiu)
  • 2014-2018- University Utara Malaysia (Uum)